Inhale love Exhale hate Love life Live life

The Sailors ♔

Thursday, February 9, 2017

Halu gaiszszsz guwe pulang. Pulang membawa seribu makna, seribu kata. Sakit dan pedih didalam hati guwe ini ngga ada shiapa-shiapa yang tau. Emang guwe nggak pantas hidup di dunia ini? Kok dunia ini kejem sekali sama guwe? Lu semua pasti tertanya-tanya mengapa guwe kok sedih sekali ya mas? Okay jadi first of all, wadduh gittuw ngko dah pandai 'first of all first of all' hahahahaha okay teruskan, aku ni dah kenapa kena calit minyak dagu kat mat indon mungkin? Second of all *masih teruskan dengan kemajuan disini* yang panjang af emo tu point dia satu je. Sebenarnya aku tengah lapar teruk ni :(

Okay jadi haiiiiiiii. Kalian rindu sama guwe apa nggak? Guwe kangen banget sih sama kalian ohmergerd kayaknya mau guwe ciyowm-ciyowm aja kalian ini apakan daya yah kita itu bukan muhrim, lu mau nggak kahwin sama guwe *smooth af* okay merepek. Aku pun tktau doh bila aku nak jadi normal macam orang lain bebas cela dan bebas merepek pokoknya gunalah fair and lovely. Okay serious. Serious doh. Aku takpernah serious seserious aku tengah serious sekarang ni. Bulatan kecil sekali bulatan besar sekali rawatan membersih dan mencerahkan~~~ Okayokay serious. Dengan seriousnya aku tegaskan aku lapar gila babbbbbbb weh. Masalah aku kat college ni dari sem 1 sampailah sem 4, yakni bersamaan dengan 2 tahun masihi. Lapar tapi takpernah rajin nak turun. Masalah macam ni melibatkan negara, sepatuutnya benda macam ni perlu dicari penyelesaiannya dengan kadar segera!!!! Faham tak faham?!?!?!?!?!

Selain lapar, aku juga ada masalah dunia aku sendiri yang kedua. Ya aku tahu kamu semua nak tahu gerangan perkara yang bertenggek diminda kecilku ini. Okay tanpa perlu kamu semua tanya, aku bagitau. Aku tengah cari seluar yang macam seluar tidur yang macam ada gajah-gajah yang macam alaaaaaaaaaa yang macammmmm yang macam tu tu laa *tunjuk seluar gajah* ha yang macam tu tuuuu. Tapi aku cari punya cari takjumpa weh ini sangat mengganggu prestasi saya. Hampa! Kecewa! Tu je yang aku mampu ucapkan buat masa ni walaupun kat atas dah berjela sembang huehue. Tapi serious 2.0 aku nak seluar tuuuu. Dah ada satu tapi from thailand, habis ngko ghase aku nak menebarkan sayap malaikat aku ni fly pergi thailand memang tak la. Bukan sebab mustahil, tapi sebab aku dah berjanji pada diri sendiri taknak riak tunjuk kat orang bahawasanya aku ni seorang bidadari huhuhuhuhuhuhuhuh okay menyampah betul dengan diri sendiri.

Jadi sekarang ni aku nak sambung effort aku cari benda alah tu. Sebagai mana kata-kata keramat dari penyair  negara kita, A.Samad Said pernah berkata; 'Effort itu penting bro'. Ye doh bro Mad guwa setuju teruk you ma man do Mad!!!!!! God bless you *high five bro Mad kit* Selain aku yang nak teruskan usaha search and rescue aku ni, tekak aku pun dah kering dan gersang macam pakwepakwe ngkorang semua dek kerana duk telan junk food darul MSG maka mohle kita cari makanan yang boleh membawa berkat dan manfaat pada hari jumaat yang mulia ini. 

Dan oh oh oh btw, happy thaipusam kepada yang menyambutnya. Taklupa juga pada membermember yang sering sembang kencang serta menabur janji palsu. Haha okay srssrs Happy Thaipusam Day to those who celebrates have a good one! 


Stereo hearts