Inhale love Exhale hate Love life Live life

The Sailors ♔

Wednesday, June 25, 2014


Heeeelllluuuuuu chuols chuols yang iols kasihi dan cintai sekalian *keluar daripada asap dgn gaya dramatic* korang semua apa khabar? aku riiiinduuuuuuuuu korang uhuk eh terbatuk pulak masuk asap agaknye ye. Jadi ye haiiiiii lamanya lamanya lamanya lamanya tak update blog sedaqsedaq dah berkulat blog ye. Kesian dia hidup segan mati tak mahu. MasyaAllah sedih perjalanan hidup sebuah blog ni ye *lap air mata* Kemain drama aku harini ye. Kalau tak drama takde lah pulak orang panggil aku Maya Karin *muntah biru* Sohai again sekembalinya aku disini adalah untuk kembali menghilang lagi. Astaga dah lama sangat tak update rasa segan-silu pulak jari jemari yang nyomelnyomel ni nak menaip ye dok para jari? Maka para jari angguk lah tanda setuju dengan statement beta. okay jadi korang macam tak tahu dalam setiap first paragraph update aku akan merapu so kalau dah tahu boleh la terus skip ke paragraph seterusnya ye. Kemain cakap macam ada orang baca sgt kan ahaaa.

Jadi, dari seminggu ke sebulan sampai harini dah tak terkira berapa lama aku tinggalkan blog ni tiada berpenghuni. Tanpa rasa aku tinggalkan dia. Tanpa pernah menoleh kembali aku lepaskan dia pergi. Hinggalah ke hari ini. Yaaaaa hari ini. Maafkan aku kerna aku tak mampu jadi yang sempurna *blows nose* Ye jadi sangatlah tiada kaitan. Dan sebenarnya harini update aku berdasarkan gambar aku kat atas. Yeeee bukan aku ye tu matsalleh datang dari utara sulawesi takde maknanya aku nak study buku banyakbanyak macam tu. So... Amboi dah pandai pakai so so dah sekarang kalau dulu asyik 'jadi jadi jadi'. Anakanak masyarakat sekarang dah maju. Dah jangan potong aku nak berbicara lagi dah.

So kalau dulu aku selalu melawat tapak blogspot ni update ntah pape pasal pmr harini aku nak cakap pasal spm pulak. Doadoakan lah aku. Dan ye para sahabat handai semua, budak comel yang korang semua kenali dulu kini sudah membesar panjang lebar bidang60 semeter 45 ringgit malaysia, otak aku pun dah kembung membesar terima kasih pada spm yang akan menjelang tiba. Laju betul masa berlalu dah berapa tahun blog ni setia dengan aku kan. Ingatingat balik rasa sayu pulak. Sayuuu~~ Hati ini makin sa *baling radio* Lagi 4 hari dah Ramadhan dahhhh koranggggg sedaq tak sedaq. Kat sini je kalau aku baca balik older posts dah lebih kurang tiga post hari raya aku yang taktahu asal kejadian punca dan kaitannya jadi kalau dikirakan mengikut akal logik manusia yang sempurna dah tiga tahun dah kita semua raya samasama kan ahhhhhh time flies. 

Jadi sebenarnya aku ambil masa buka balik blogspot harini cuma nak cakap kat korang Happy Ramadhan. Puasa elokelok jangan curi makan makanan bawah saji ayam goreng berempah adabi sungguh enak dimakan begitu sajaa oooo gardenia semua tu jangaaaan. Dosa tau *cekak pinggang* Semoga tahun ni korang semua dapat jugak baca post raya aku yang walaupun tah pape tetapi sejuk mata memandang rasa macam nak buat menantu je ye tak. Dan lagi korangkorang semua pun doakan lah spm aku nanti pun dapat ace sama macam pmr. Nanti kalau ada rezeki aku dapat straight a's boleh lah lagi korang baca update aku show off kat korang semua tahun depan. So ye aku rasa dah sampai kat sini je harini. Amboi macam main surat zaman doludolu lak rasa main 'sampai disini saja lebaran aku buat hari ini' gittew. Dah pukul 8, maghrib pun aaaabelum solat lagi habistu macam mana nak berjaya ye tak. So selamat menunaikan ibadah puasa ye semua. Jadi kat sini iols nak susun 20 jari temasuk jari kaki jari lembu jari ayam semua hang ambik buat sup buka puasa ya kalau ada terkasar bahasa ke apa. Mwah chuols *flying kiss

Stereo hearts